・・・
Tika ini ruangku sedang gelap. Kerna ingin memastikan setiap aksara ku lahirnya dari hati. Tidak ditemani sesiapa. Hanya unggas yang hinggap dikaca talipon kerana tertarik akan cahayanya.
Hidup ini tiada yang kekal, mahupun sanggup teman hingga syurga. Yang adapun hanya sedikit. Boleh bilang sama jumlah jari.
Mereka datang, singgah dan pergi. Diri aku juga sama. Hanya hadir, bersama dan meninggalkan. Tapi apa yang kau perlu tahu, tiap kali aku pergi, aku toleh. Aku lihat kebelakang, apa yang taat mengekori? Apa yang makin menjauhi? Ternyata hanya sekelumit memori indah mahupun pahit yang masih setia teman aku difikiran. Engkau masih dibelakang memilih jalan yang punya cabang. Aku biarkan, aku maju kehadapan. Aku yakin, kita mampu bertemu semula dihujung jalan.
Jangan, jangan, jangan dan jangan. Jangan kau lupa kita pernah bersama. Mencipta memori disaat lampau. Mungkin ada yang kita mahu kenangkan. Mungkin ada yang mahu kita lupakan. Tapi itu semua tetap menjadi bahan bualan tiap kali kita bersua semula.
Aku sebenarnya bingung. Dimanakah aku berada sekarang? Adakah ditempat yang aku mahu hadirkan diri? Kerana tiap kali aku dongak kelangit. Aku rasa aku halimunan. Dimanakah hilangnya memori aku? Ada sesiapa yang sanggup membantu?
Ikhlas dari aku untuk mereka yang bergelar sahabat.
.
.
#Repost @zakuwanbahari --------- moon

No comments:
Post a Comment