Begin With the End in the MIND :)

Begin With the End in the MIND :)

Sunday, 14 June 2015

N O T H I N G

Baru aku sedar dari khayalan kehidupan aku,
Benarlah,
Hidup ini N O T H I N G.. 
Tiada apa yang harus dibanggakan
Tiada apa yang nak dikejar
Tiada apa yang nak dimiliki...

Melainkan,
Hanya sujud bertaqwa kepada Allah dan menjadi khalifah di muka bumi,

Kau bangga dengan kau ada?
Kau dah rasa cukup dengan amalan yang kau kumpul?
Hentikan sahaja kebanggaanmu itu,

Sedangkan si muslimah berniqab itu pun masih lemah jika nak dibandingkan dengan Saidatina Aisyah dan Khadijah,
Adakah kau masih mahu berbangga pada sang pencipta?

Tunduk sujudlah wahai diriku,
Perhambakan dirimu untuk yang 1,
Jadikan hidupmu bermakna untuk diakhirat sana,
Kejarlah redha Ilahi wahai diriku sayang.


Thursday, 11 June 2015


・・・

Tika ini ruangku sedang gelap. Kerna ingin memastikan setiap aksara ku lahirnya dari hati. Tidak ditemani sesiapa. Hanya unggas yang hinggap dikaca talipon kerana tertarik akan cahayanya.

Hidup ini tiada yang kekal, mahupun sanggup teman hingga syurga. Yang adapun hanya sedikit. Boleh bilang sama jumlah jari.

Mereka datang, singgah dan pergi. Diri aku juga sama. Hanya hadir, bersama dan meninggalkan. Tapi apa yang kau perlu tahu, tiap kali aku pergi, aku toleh. Aku lihat kebelakang, apa yang taat mengekori? Apa yang makin menjauhi? Ternyata hanya sekelumit memori indah mahupun pahit yang masih setia teman aku difikiran. Engkau masih dibelakang memilih jalan yang punya cabang. Aku biarkan, aku maju kehadapan. Aku yakin, kita mampu bertemu semula dihujung jalan.

Jangan, jangan, jangan dan jangan. Jangan kau lupa kita pernah bersama. Mencipta memori disaat lampau. Mungkin ada yang kita mahu kenangkan. Mungkin ada yang mahu kita lupakan. Tapi itu semua tetap menjadi bahan bualan tiap kali kita bersua semula.

Aku sebenarnya bingung. Dimanakah aku berada sekarang? Adakah ditempat yang aku mahu hadirkan diri? Kerana tiap kali aku dongak kelangit. Aku rasa aku halimunan. Dimanakah hilangnya memori aku? Ada sesiapa yang sanggup membantu?

Ikhlas dari aku untuk mereka yang bergelar sahabat.
.
.
#Repost @zakuwanbahari --------- moon

Tuesday, 9 June 2015

sabar itu indah ❤

ketahuilah...

sabar itu indah,
walau perit kau rasa,
namun manis pada akhirnya.

luah pada yang Esa,
kerna dia yang mengaturkanNya,
bilang saja pada dia,
moga bertambah cinta padaNya.

Dan ketahuilah,
ada hikmah terhebat menantimu!

terima kasih ya Allah . ❤
Amin~

Syukur Alhamdulillah ❤

Hari berganti hari
dan pada tiap itu, doa sentiasa mengiringi.

Ya Allah,
Kau lah yang Maha Bijaksana dalam mengatur penghidupan.

Sungguh,
hampir aku luluh dek tiada jawapan daripada-Mu.
Hari demi hari aku sentiasa berdoa agar ak mendapat apa yang aku mahukan,
Namun, sebaliknya yang kau berikan

2 tahun sudah berlalu,
diiringi sabar dan keyakinan.
bahawa Kau pasti memberi jawapan.

SubahanAllah,
sungguh,
Bersyukur aku pada Kau ya Allah,
selama hampir 2 tahun aku menanti,
akhirnya doa ku kau makbulkan jua ya Allah!

subhanAllah,
ku minta hanya sedikit,
yang kau beri...
bertimpal-timpal banyaknya

Aku bersyukur pada-Mu ya Allah,
Alhamdulillah. ❤

Tuesday, 23 April 2013


wahai hati..
pabila kawan rapat tersenyum dalam kejayaan nya
mengapa kau sedih 
MUNGKIN AKU KECEWA DENGAN KEGAGALAN KU
telah membuatkan sahabat sejati menjadi mangsa

wahai hati..
pabila ada orang menyayangimu..
mengapa kau curiga
MUNGKIN AKU RASA DIA MEMBENCIKU,BUKAN MENYAYANGIKU
menyebabkan hati tidak pernah ikhlas menerimanya
walaupun dia sentiasa setia bersamamu..

wahai hati..
pabila aku ingin bermuhasabah diri
mengapa kau tidak melawan nafsu serakahmu melayan duniawi
MUNGKIN AKU SUDAH LEMAH UNTUK MELAWANNYA
menyebabkan aku seperti sudah putus asa dalam menempuh ujian hidup ini !

wahai hati tolong lah aku.
janganlah kau lemah..ingat lah hidup mestilah lah sentiasa HUSNUZON
ingatlah ini semua adalah ujian allah untk mu..

Monday, 22 April 2013

teringin benar hati ini mengetahui
apakah hikmah disebalik semua ini.
musibah kian mendatang
atau pun aku yg tidak sedar
semua ini adalah untuk ku 
sebagai penguat iman,

ya allah !
berilah aku kekuatan untuk mengharunginya
aku tahu semua ini kau lakukan 
kerna ingin memberi aku yg terbaik.
kau lah yang maha pemurah
kaulah yg maha bijaksana

wahai diriku,
sabarlah,
ingat ! allah sentisa bersama kita
hambanya yg selalu ditimpa ujian ,
adalah hambanya yg paling dia sayang
Allah sentiasa ingin memberi yg terbaik untk hambanya
bersyukur apa yg ada
tambahkan amalan
kuatka iman,

Monday, 25 February 2013

ReDHa"i lah AkU

ASSALAMUALAIKUM,

Jika aku dapat redha tuhannya,...aku dapat miliki cinta makhluknya sekali..
namun...
Jika aku hanya milikicinta makhluknya..cuma itu yang aku dapat..
Tuhannya belum tentu redha terhadapku.